AZAN SUBUH

Subuh nan hening
Azan menyapa insan
Sujud pada-Mu.

AzmiRahman


DOA

Bunga di taman
Mewangi nan abadi
Doa nan suci.

AzmiRahman


RINDU

Wajah cahaya
Dalam hati bertemu
Rindu membara.

 AzmiRahman


SYAHADAT

Telunjuk satu
Lidah berkata-kata
Hati yang benar.

 AzmiRahman


IMAN

Pohon berdiri
Kejap menyatu bumi
Teguh pada-Mu.

 AzmiRahman



SUJUD

Solat berwaktu
Wajiblah perintah-Mu
Sujud ke tanah.

 AzmiR
AIDILFITRI

DI  HARI  RAYA
TERPAKU  DEPAN  TIVI
TETAMU  DATANG

~mokhtarsahmalik,13092010



SYAWAL  MENANTI

Ramadan Lenyap
Pilu dibawa Pergi
Syawal Menanti.

~mokhtarsahmalik~



GERHANA BULAN

Gerhana bulan
Solat hajat dimohon
Kembali cerah

 mokhtarsahmalik,
26Jun2010,TSK,UKLang.



TAHUN RIMAU

 Rimau menari
Gendang dipalu bingit
Tekup telinga

 Mokhtarsahmalik
13Februari2010


PENGANTIN BERSANDING

1.
Sabtu dan Ahad
Perkahwinan menanti
Tetamu datang.

2.
Sabtu dan Ahad
Perkahwinan dijemput
Makanan,  langsai

3.
Kompang berbunyi
Pengantin makin hampir
Doa dan amin…

4.
Duduk bersanding
Tepung tawar direnjis
Restu pengantin



5.
Duduk bersantun
Kipas, berputar pantas
Pengantin panas.

 mokhtarsahmalik
10-01-2010


Haiku ialah sajak pendek yang terdiri daripada 17 suku kata dalam pola 5-7-5 yang disusun dalam rangkap berikut;

5 suku kata pada baris pertama
7 suku kata pada baris kedua
5 suku kata pada bari ketiga. 


Ada haiku-haiku yang menggunakan pola selain 5-7-5 (17 suku kata) samada terlebih atau terkurang 1 suku kata. Sebagai haiku moden, terlebih atau terkurang suku kata bukanlah satu kesalahan. Bagaimanapun, banyak haiku masih mengekalkan pola 5-7-5. Haiku tradisi memperkenalkan format dimana kata musim (kigo) di masukkan ke dalam haiku. 

Kigo merujuk kepada flora, fauna, perayaan atau sebarang tema yang melibatkan sifat bermusim atau peredaran musim. Maka penulis haiku juga bebas mempraktikkan kigo berdasarkan tema musim tempatan mahupun antarabangsa. Ada haiku yang tidak menjadikan kigo sebagai syarat penting. Tetapi banyak haiku moden kekal menjadikan kigo sebagai  nilai keindahan dan imej kepada haiku itu sendiri.



Cahaya Senja


Cahaya Senja

melukis indah alam

nelayan pulang


Cahaya senja

mencarik gelap malam

camar pun terbang


Cahaya senja

indah menekap rindu

mengingat Tuhan

yajuk
Miri Sarawak
26 okt 2011

Hescom Menutup Tirai


Hescom bergema

berlangsung penuh warna

memahat cinta


Tirai ditutup

untuk terus melangkah

Bali melambai


Terus berkarya

Haiku pilihan hati

Bali menanti


Berlalu Hescom

merentas masa depan

terus melangkah


Yajuk
Bukit jering
13 des 2011
Sekuntum Mawar


Sekuntum mawar

kembang di laman rumah

kering di tanah





Sekuntum mawar


mekar di taman hati


luka di hati




Sekuntum mawar


disunting kumbang liar


layu di tangan


yajuk
bukit jering
20 des 2011

SEINDAH PAGI

di kabus pagi

padi menguning indah

burung menyanyi



NELAYANKU

hujan gerimis

mendung berarak pergi

laut menanti


KEMARAU

ozon menipis

panas yang berpanjangan

bumi merintih


RINDU

bulan purnama

menyeri wajah malam

pungguk merindu


KHABAR

deruan ombak

Laut China Selatan

rindu berbisik
LANGIT RAMADHAN


Langit Ramadhan,

Padanya tiada bintang,

Luas membiru.





HUJAN


Awan menangis

Lopak menadah hujan

Bumi mengalah.





TARIAN SENJA


Selendang jingga

Dikibar suria senja
Menanti bulan
Banjir

Banjir melanda
resah membalut hati
naik mendadak

Air melimpah
hati memilih pasrah
putus serentak

Terbuka hati
menyuluh kalam damai
rahmat Tuhan

Yajuk
Bukit jering
18 des 2011
REZEKI LAUT

tengkujuh singgah

sampan di gigi air

perut keroncong

14 Februari 2011



SEPERTIGA MALAM

 embun menitis

berdoa dalam sujud

terbuka langit

20 Februari 2011



DI PUSARA

 kemboja gugur

antara nisan sepi

terkenang bonda

11 Mei 2011
Ramadan


Datang Ramadan

bulan menyuci diri

mengingat mati


Puasa kita

taubat segala dosa

menuntut reda


Teguh berpuasa

memutih liku jalan

menghadap Tuhan



Yajuk

Bukit jering

06082011
Salam sastera dan salam perkenalan. Blog ini dicetuskan daripada projek antologi haiku terkini yang dipelopori Tuan S. Iqram. Selain daripada Komuniti Haiku, Tanka dan Senryu yang dikendalikan esastera.com. Laman blog ini merupakan alternatif tambahan kepada ahli dan bukan ahli esastera.com untuk terus melangsungkan pengkaryaan puis-puisi Jepun berbahasa Melayu. Laman ini bermatlamat menghimpun, berdiskusi,berkongsi dan menjalinkan silaturahim sesama haijin atau penulis sajak-sajak Jepun terutamanya haiku berbahasa Melayu. Setelah meluncurnya blog ini, diharapkan mampu menyemarakkan perkembangan dan minat menulis dikalangan peminat dan penulis genre ini.